KUALA TERENGGANU: Rangkaian restoran makanan segera antarabangsa berstatus halal milik Terengganu, Chicken Cottage kini melebarkan sayapnya ke Afrika Timur menerusi pembukaan empat cawangan baharu, tahun ini. Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.), Burhanuddin Hilmi Mohamed berkata, cawangan sulung di negara itu dijangka memulakan operasinya pada April ini di Nairobi, Kenya. Katanya, tiga lagi cawangan lain akan dibuka secara berperingkat di Rwanda, Tanzania dan Uganda. “Sehingga kini…










