ISKANDAR PUTERI: Iskandar Investment Berhad Ventures (IIBV), anak syarikat milik penuh Iskandar Investment Berhad (IIB) merasmikan pembukaan co-working space atau ruang kerja bersama yang pertama di Iskandar Puteri. Ruang kerja bersama tersebut, Common Ground Iskandar Space (CGIS) merupakan kerjasama antara IIBV dan Common Ground Works Sdn. Bhd. (Common Ground). Perjanjian Kolaborasi antara IIBV dan Common Ground menyaksikan Common Ground bertanggungjawab untuk membangunkan dan mengendalikan CGIS yang pertama di Iskandar Puteri.…










