Tambah stesen pengecas EV - Utusan Malaysia

Tambah stesen pengecas EV

ADHAM Baba melancarkan stesen pengesas EV selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara MWEB dengan EZ-Charge di UMW Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan me­netapkan sasaran baharu bila­ngan stesen pengecas kende­raan elektrik (EV) dalam negara memandangkan terdapat syarikat tempatan yang mampu menyediakan perkhidmatan membina stesen pengecas EV yang lebih murah.

Kerjasama syarikat tempatan, Mobility Werk Group (MW Group) menerusi syarikat MW EV Sdn. Bhd. dengan syarikat dari United Kingdom, EZ-Charge dilihat sebagai pemang­kin bagi membina lebih banyak stesen pengecas EV di seluruh negara dengan kos pembinaan yang lebih murah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba berkata, menerusi kerjasama antara kedua-dua syarikat ter­babit, ia langkah ke hadapan bagi memudahkan masyarakat untuk menerima kenderaan elektrik pada masa hadapan apabila mudah mendapatkan stesen pengecas bagi kenderaan mereka.

“Kita percaya ekosistem pembangunan EV pada satu ketika nanti memiliki kemudahan pengecasan di mana-mana dalam negara. Jadi apa yang ingin kita lakukan ialah memastikan bahawa stesen pengecas EV ini dibangunkan dengan lebih murah berbanding harga stesen pengecas EV di luar negara.

“Dengan adanya teknologi pembangunan dan pembuatan tempatan, kita percaya di­ samping dapat membangunkan teknologi EV, kita juga boleh menyediakan bakat dalam proses awal hingga akhir bermula daripada reka bentuk sehingga ke pengkomersialan,” katanya kepada pembe­rita selepas me­nyaksikan majlis menandata­ngani perjanjian kerjasama antara MWEV dan EZ-Charge di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif MW Group, Zulkifli Kasim dan Ketua Pegawai Teknikal EZ-Charge, Peter Shadbolt.

Beliau menambah, sasaran Dasar Automatif Nasional 2020 menetapkan hampir 5,000 stesen pengecas EV, namun masih dalam peringkat pembangunan.

Menerusi kerjasama terbabit, MW Group yang berpengalaman lebih 50 tahun dalam industri automotif menyasarkan untuk menjadi perintis dalam pembuatan alat ganti, komponen dan pengecas EV.

Terdahulu Zulkifli berkata, kerjasama strategik itu menggariskan keperluan untuk memenuhi permintaan yang semakin me­ningkat terhadap penyelesaian mobiliti generasi akan datang.

“Pelan jangka panjang MW Group termasuk memberi tumpuan kepada penyetempatan pembuatan EV bagi membantu merangka ekosistem rantaian bekalan yang berdaya saing di pentas antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN