PETALING JAYA: Perbelanjaan kasar penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara sebanyak RM15 bilion pada 2018 atau 1.04 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jauh lebih rendah berbanding negara maju. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, negara maju memperuntukan sekitar tiga peratus daripada KDNK mereka untuk bidang R&D. Sehubungan itu katanya, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan perbelanjaan kasar R&D kepada 2.5 daripada…









