Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan sebanyak RM9 juta bagi Program Pembangunan Keusahawanan Desa di wilayah berkenaan dalam tempoh lima tahun hingga 2025. Pengurus Besarnya, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, program pembangunan itu memfokuskan kepada kursus dan latihan, bantuan input peralatan, pembungkusan dan pelabelan di samping menaik taraf premis. Katanya, inisiatif berkenaan tepat kerana bidang keusahawanan terbukti berkesan dalam membangunkan sosioekonomi, meningkatkan pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan masyarakat luar bandar.…









