JAKARTA: Indonesia, pengeksport arang batu haba terbesar dunia, membenarkan pelepasan 37 kapal muatan arang batu setelah larangan eksport yang berkuat kuasa pada 1 Januari itu dilonggarkan. Dalam satu kenyataan, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Pandjaitan berkata, larangan eksport dilonggarkan untuk pelombong yang telah memenuhi keperluan untuk menjual sebahagian daripada keluaran mereka bagi penjanaan kuasa tempatan selepas utiliti negeri memperoleh arang batu yang mencukupi dalam tempoh 15 hari…










