PETALING JAYA: Syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset dan fasiliti, UDA Holdings Berhad (UDA) meraih Anugerah Syarikat Terbaik bagi kategori Kecemerlangan Kepimpinan dalam Inisiatif Komuniti dan Kelestarian di Sustainability & CSR Malaysia Award berdasarkan komitmen yang tinggi dalam mendekati masyarakat setempat. Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, UDA yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sentiasa komited dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di wilayah perniagaan…