BENGALURU: SpaceX meraih AS$337.4 juta (RM1.41 bilion) dalam pembiayaan ekuiti, menurut makluman oleh syarikat itu pada Rabu lalu. Syarikat milik bilionair, Elon Musk itu yang antara pelaburnya ialah Alphabet Inc. dan Fidelity Investments, mencapai penilaian AS$100 billion (RM417.05 bilion) berikutan penjualan saham sekunder pada Oktober, menurut CNBC. Syarikat roket itu meraih kira-kira AS$1.16 bilion (RM4.84 bilion) dalam pembiayaan ekuiti pada April. Menurut Reuters, SpaceX tidak memberikan respons segera berkenaan perincian…










