PETALING JAYA: Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) dan CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd. (CGS-CIMB) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk membangun perkhidmatan kewangan digital dan memperkasa pelabur pasca pandemik di Malaysia. Pengarah Eksekutif Pertama Digital, Sabri Rahman berkata, pandemik Covid-19 telah mempercepatkan permintaan untuk perkhidmatan kewangan digital, termasuk pembrokeran saham digital. Beliau berkata, terdapat peluang memberi semua individu untuk mengakses pasaran modal, tanpa mengira latar belakang mereka. “Melalui model yang lebih saksama…










