Celcom, Telefonica jalin kerjasama PETALING JAYA: Celcom Axiata Berhad (Celcom) menjalin kerjasama dengan Telefónica Tech iaitu sebuah syarikat tersohor di peringkat global dalam bidang keselamatan siber. Kerjasama dengan Telefónica Tech akan memperkukuh kedudukan Celcom dalam penyediaan penyelesaian keselamatan siber bertaraf dunia, berdaya tahan, dan inovatif kepada organisasi-organisasi di Malaysia. Ia bagi melindungi dan memastikan kelangsungan perniagaan dalam menghadapi pelbagai kemungkinan cabaran siber pada era digital ini. Ketua Pegawai Operasi (Teknologi)…










