PUTRAJAYA: Industri francais negara kembali bangkit apabila merekodkan nilai jualan melebihi RM13 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini. Malahan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan perasaan bersyukur apabila nilai jualan industri perniagaan itu mencecah RM14.6 bilion setakat 30 November lalu. “Ini menunjukkan ada peningkatan signifikan hampir 10 peratus berbanding tahun sebelumnya meskipun dunia masih berdepan cabaran pelbagai varian wabak maut berkenaan (Covid-19),” katanya ketika berucap pada…










