Gantung penggunaan kereta Tesla - Utusan Malaysia

Gantung penggunaan kereta Tesla

KEMALANGAN maut melibatkan kenderaan Tesla di Paris, menyebabkan syarikat teksi di bandar itu menggantung penggunaan kereta berkenaan dalam perkhidmatannya. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Syarikat teksi terkemuka Paris, G7 telah menggantung penggunaan kereta Tesla Model 3 dalam perkhidmatannya selepas kemalangan maut membabitkan kenderaan itu, hujung minggu lalu.

Timbalan Ketua Eksekutif G7, Yann Ricodel berkata, seorang pemandu teksi yang tidak bertugas membawa keluarganya ke sebuah restoran apabila kemalangan itu berlaku pada petang Sabtu.

Menurut sumber, kemalangan itu mengorbankan satu nyawa manakala 20 yang lain cedera dengan tiga daripadanya dalam keadaan serius.

Menurut laporan media Perancis, kereta itu melanggar seorang penunggang basikal dan tiga pejalan kaki sebelum merempuh sebuah van, dan tujuh orang cedera parah.

G7 berkata, ia akan menggantung penggunaan 37 kereta Tesla Model 3 sehingga siasatan polis terhadap kes itu selesai.

Walau bagaimanapun, Tesla tidak menjawab permintaan untuk komen.

Ricordel memetik Tesla sebagai berkata, siasatan awal telah menolak masalah teknikal kenderaan itu.

“Pemandu telah cuba membrek tetapi kereta itu sebaliknya memecut laju. Tidak jelas sama ada kereta itu beroperasi dalam mod Autopilot,” ujarnya.

Ricordel berkata, pihaknya mempunyai dua pandangan berbeza mengenai subjek itu.

“Kami akan mengekalkan penggantungan Tesla Model 3 sementara siasatan sedang dijalankan, sebagai langkah keselamatan untuk pemandu, pelanggan dan pengguna jalan raya kami yang lain,” katanya.

Tesla mengumpul data terperinci daripada sensor dan kamera pada kenderaannya dan telah menggunakan data saka sebelum ini untuk mencabar dakwaan bahawa kemalangan disebabkan oleh teknologi yang tidak berfungsi.

Ricordel berkata, pemilik Tesla Model 3 dalam kumpulannya akan diberi pampasan sepenuhnya untuk kehilangan pendapatan semasa penggantungan dan syarikat itu sedang mencari alternatif supaya pemandu boleh meneruskan pemanduan untuk G7 secepat mungkin.

G7 ialah salah satu syarikat teksi terbesar di Paris, dengan 9,000 pemandu gabungan. Separuh daripada armada G7 adalah kenderaan elektrik atau hibrid dan syarikat itu menyasarkan untuk memiliki 100 peratus kenderaan hijau menjelang 2027. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN