PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka dan beroperasi seperti biasa esok, 3 Disember 2021. “Sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi pada hari tersebut,” kata BNM dalam satu kenyataan. Esok diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan, susulan kejayaan pasukan KL City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia. Berita baik itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu sidang media di Putrajaya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya