PETALING JAYA: Berbekalkan pengalaman Anchor melebihi 130 tahun dalam dunia tenusu, Anchor Food Professionals dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran krim tenusu dan keju mozarela yang diberi sentuhan Eropah untuk pasaran Malaysia. Cabang perkhidmatan makanan Fonterra yang diiktiraf di persada antarabangsa ini teruja untuk mempersembahkan barisan produk pelengkap yang berasal dari Eropah, bagi warga profesional makanan di Malaysia, termasuk para cef, pembuat roti dan pastri. Dengan peningkatan permintaan ke atas produk tenusu…