Agrobank bantu mangsa banjir di Hulu Langat - Utusan Malaysia

Agrobank bantu mangsa banjir di Hulu Langat

SUKARELAWAN Agrobank membersihkan kawasan rumah mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank menerusi program ‘Agrobank dan Komuniti’ telah mengadakan misi bantuan banjir kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Langat, Selangor Isnin lalu.

Seramai lebih 30 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Agrobank telah menyertai misi bantuan itu dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di beberapa buah rumah di sekitar Batu 16, Nanding and Desa Raya, Hulu Langat.

Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Aminuddin Amenon berkata, Agrobank bersimpati dengan cabaran dan keperitan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir.

“Justeru, kami telah menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Langat yang telah membantu Agrobank dalam mengenal pasti rumah-rumah mangsa banjir yang memerlukan bantuan pembersihan.

“Inisiatif yang diberikan Agrobank ini merangkumi kerja-kerja pembersihan perparitan kawasan rumah dan di dalam rumah yang di selaputi lumpur, pengasingan barangan, membasuh pakaian, pembuangan sampah dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Aminuddin, komitmen berterusan Agrobank itu menandakan keprihatinan Bank dalam situasi yang dihadapi mangsa-mangsa banjir pada tempoh yang sukar ini.

“Walaupun kecil, namun melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan ini, kami berharap ia dapat meringankan beban yang dihadapi mereka seterusnya membantu mereka untuk memulihkan semula keadaan rumah akibat kerosakan yang dihadapi berikutan dengan bencana banjir yang melanda,” jelas beliau.

Misi bantuan banjir `Agrobank & Komuniti’ adalah kesinambungan inisiatif dan bantuan Agrobank kepada mangsa-mangsa banjir.

Sebelum ini, Agrobank telah mengumumkan Pelan Bantuan Banjir Agrobank khusus buat pelanggan-pelanggan Bank yang terkesan dengan menawarkan penjadualan dan penstrukturan semula pembiayaan (R&R), tawaran moratorium
sehingga enam bulan, kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF 2022) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) (peruntukan sebanyak RM200 juta sehingga digunakan sepenuhnya) serta pengecualian caj bagi penggantian kad ATM dan buku simpanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN