Tindakan anda untuk masa depan lebih mapan - Utusan Malaysia

Tindakan anda untuk masa depan lebih mapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Pavilion di Expo 2020 Dubai hari ini melancarkan kempen sosial #EnergiseMY yang merupakan satu undangan kepada orang ramai untuk berkongsi kisah perubahan mereka – tidak kira berapa besar atau kecil – ke arah masa depan yang lebih mampan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berasal dari tema Pavilion “Energising Sustainability”, kempen mesra media sosial ini menyerlahkan usaha pembawa perubahan, yang dikenali sebagai “Energisers” – individu atau kumpulan yang mempengaruhi dan membuat perbezaan dalam usaha kemampanan, sama ada dalam bidang sosial, ekonomi, atau alam sekitar.

Tindakan Energisers ini terdiri daripada pelbagai aspek dari segi tindakan yang mudah seperti menderma pakaian kepada mereka yang memerlukan, membeli semula barangan terpakai atau membina rumah untuk masyarakat tempatan.

Kempen media sosial ini adalah lanjutan daripada kempen #MyButterflyEffect Pavilion yang bertujuan untuk mewujudkan kesan alunan teladan melalui tindakan yang dilakukan oleh Malaysia Pavilion di Ekspo Dunia.

Duta kempen #MyButterflyEffect ialah Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

“Harapan di sebalik #EnergiseMY adalah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dalam membuat perubahan mengikut kapasiti tersendiri, tanpa mengira berapa besar atau kecil, terutamanya ketika dunia bergerak ke arah membina masa depan yang lebih mampan,” kata Tunku Zain Al-Abidin Semasa  pelancaran #EnergiseMY di Pavilion Malaysia di Dubai hari ini.

“Ini pada dasarnya adalah kempen jenama kami untuk Malaysia Pavilion – #MyButterflyEffect – berdiri teguh – bahawa tindakan harian kita adalah langkah kecil yang membawa kepada pergerakan yang lebih berkesan demi kebaikan masyarakat dan dunia,” katanya.

Tunku Zain Al-‘Abidin juga memulakan #EnergiseMY sebagai Energiser yang pertama.

Beliau adalah penyokong tegar dalam usaha pertumbuhan yang mampan dan pemerkasaan komuniti tempatan.

“Terdapat banyak tumpuan di kalangan rakyat Malaysia untuk menyertai pergerakkan kemampanan, tetapi dengan harapan cerah masa depan pasca Covid – adalah penting untuk menumpukan semula fokus itu dengan kesedaran dan kemajuan yang telah dibuat semasa pandemik. #EnergiseMY menyediakan peluang yang sempurna untuk meningkatkan tujuan itu untuk manfaat bersama semua komuniti kami,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Syed Ahmad Syed Mustafa yang berkata, “Salah satu tujuan kami yang lebih utuma dalam Expo 2020 adalah untuk melibatkan orang ramai dalam menyertai perbualan kemampanan – terutamanya golongan belia. Mereka adalah pemimpin masa depan kami yang akan mewarisi planet ini dan kami ingin melakukan bagian kami dalam
menginspirasi mereka.”

Penyanyi dan pelakon Malaysia, Sasha Saidin adalah seorang lagi Energiser yang memulakan perubahan di rumah. Beliau berkata, “Semuanya bermula di rumah. Dengan  mengajar keluarga saya untuk mengurangkan, menggunakan semula, dan mengitar semula, kami berharap untuk menggalakkan orang lain dalam komuniti kami untuk mengambil langkah mereka sendiri ke arah masa depan yang mampan.

“Kami membuat usaha dalam perkara-perkara kecil seperti mengasingkan sampah kami, menggunakan bekas makanan dan beg yang boleh digunakan semula.”

Perubahan yang bermakna adalah tanggungjawab bersama dan tidak boleh dicapai secara bersendiri. Langkah-langkah kecil menyumbang ke arah tujuan yang lebih besar, dan kita semua boleh bermula dengan sesuatu yang semudah; mengambil bahagian dalam perbualan kemampanan untuk meningkatkan kesedaran kolektif.

Jadilah sebahagian daripada pergerakan! Tidak kira berapa besar atau kecil, sumbangan anda dalam perjalanan ke arah kemampanan patut dipuji. Sertai pergerakan #EnergiseMY dan sumbangan anda akan dipaparkan di laman media sosial Malaysia Expo 2020 Dubai. Ikuti 3 langkah mudah ini untuk pencalonan dan pemaparan:

  1. Mencalonkan seseorang sebagai #EnergiseMY (seseorang yang anda kenali
  2. Mencipta perubahan bermakna dalam kalangan rakan atau komuniti tempatan anda).
  3. Kongsi dengan kami imej Energiser anda dan beritahu kami tentang kerja mereka yang menakjubkan!
  4. Gunakan #EnergiseMY hashtag dan tag @MalaysiaExpo2020

Perbincangan Meja Bulat dalam Perniagaan Belas Kasihan Sempena Minggu Toleransi dan Keterangkuman Expo 2020 Dubai, Tunku Zain telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel untuk perbincangan meja bulat mengenai topik ‘Perniagaan Belas Kasihan’.

Pertukaran pengetahuan membincangkan strategi bagaimana dunia boleh merapatkan jurang antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tunku Zain berucap bersama pemimpin pemikir lain dari seluruh dunia untuk berkongsi bagaimana NGO memacu advokasi dalam masyarakat sivil seperti kebajikan pelarian dan kelestarian alam sekitar.

Penyertaan Malaysia dalam Expo 2020 Dubai diketuai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia sebagai agensi pelaksana.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Ekspo Malaysia 2020 Dubai di media sosial atau lawati www.malaysiaexpo2020.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini