PETALING JAYA: Axiata Group Bhd. melantik bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya, berkuat kuasa semalam. Pengerusi Axiata, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid berkata, lembaga pengarah Axiata berbesar hati mengalu-alukan Shahril sebagai lembaga pengarah kumpulan itu. “Beliau bukan sahaja seorang pemimpin korporat yang berprestasi tinggi, malah tidak asing dengan operasi Axiata berdasarkan peranannya sebelum ini. “Di samping berpengalaman luas dalam…