KUALA LUMPUR: Selangor ideal sebagai hab perniagaan global bagi pelabur asing dalam usaha menembusi pasaran ASEAN dan antarabangsa, menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari. Beliau berkata, ia disokong oleh lokasi strategik Selangor dengan dua lapangan terbang antarabangsa utama dan pelabuhan kontena kedua tersibuk di rantau ini, serta rangkaian jalan raya dan landasan kereta api yang maju. “Selain itu, rantaian nilai Selangor yang mantap dalam pelbagai industri dari aeroangkasa…










