PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2023 dan platform digital MYStartup untuk membina ekosistem syarikat pemula (startup) yang kondusif. SUPER adalah pelan untuk membangunkan ekosistem pemula negara yang dinamik, sejajar dengan Wawasan 2030, manakala MYStartup pula adalah portal sumber maklumat yang menyediakan perkhidmatan pemudah cara menyeluruh untuk rangkaian ekosistem pemula. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba…










