PETALING JAYA: Pelancaran Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) bertujuan menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh sektor perladangan sawit, terutama kebergantungan kepada buruh asing. Menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), MARCOP akan memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) melibatkan penggunaan teknologi seperti dron, robot dan sensor untuk operasi bersepadu dan sistematik. “Konsortium ini telah diberi mandat untuk mengembangkan teknologi…










