Kediaman dan kemudahan baharu Pusat Bandar Centro JB - Utusan Malaysia

Kediaman dan kemudahan baharu Pusat Bandar Centro JB

KEDIAMAN di Pusat Bandar Centro JB menawarkan suasana yang moden dan mendamaikan kepada para penghuni.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk mempertimbangkan tentang pelaburan hartanah. Pangsapuri perkhidmatan Pusat Bandar Centro JB, yang terletak di Johor Bahru, telah memberikan tawaran kepada para pembeli. Pelbagai kemudahan kediaman dan pekerjaan berada dalam jarak yang berdekatan dengan pangsapuri perkhidmatan ini.

Dijangka siap dibina sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2024, projek berkenaan dibina oleh syarikat Solusi Kelana Sdn. Bhd. dan merupakan pembangunan komersial. Ia juga merupakan tempat kediaman yang tertakluk pada Akta Pembangunan Perumahan 1966 yang memberi perlindungan kepada pembeli.

Pembangunan Pusat Bandar Centro JB menawarkan sejumlah 2,432 unit dan terdiri daripada tiga menara besar. Unit-unit tersebut berkeluasan 226 kaki persegi sehingga 947 kaki persegi dengan milikan tanah secara pegangan bebas (freehold).

Pembangunan komersial ini terletak hanya kira-kira tiga kilometer (km) dari Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Johor dan berhadapan Republik Singapura dengan jarak lima km. Jarak Pusat Bandar Centro JB dari kedua-dua lokasi ini, berserta laluan mudah ke pelbagai tempat-tempat hiburan seperti pusat beli-belah, pusat kesihatan dan kesenangan pengangkutan awam antara bandar dari CIQ ke Woodlands diyakini dapat menarik lebih ramai pelabur dan pembeli, sekali gus memajukan kawasan berkenaan.

Tambahan pula, lokasi ini strategik untuk keluarga yang ada anak-anak yang memerlukan pendidikan. Ini disebabkan pusat bandar berdekatan dengan kawasan pendidikan yang bermula dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah sampai tahap kolej dan universiti. Pengguna lebuh raya boleh melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan Tambak Johor-Singapura untuk ke pusat pendidikan berkenaan.

Dengan perkembangan teknologi terkini, unit kediaman ini dipasang dengan fungsi-fungsi konsep rumah pintar dan merupakan rumah impian yang berkonsep futuristik. Sistem Rumah Pintar menawarkan sistem kawalan penghawa dingin, pencahayaan dan sistem kunci pintar dengan hanya satu klik untuk memulakan kehidupan yang selesa dan moden.

Selain daripada tawaran kadar pembelian yang berbaloi dan di bawah harga pasaran, pusat bandar ini merupakan pilihan sesuai bagi golongan pekerja dan sektor korporat, lebih-lebih lagi kalau berurusan dengan syarikat yang berpangkalan di Singapura. Unit-unit siap dilengkapi dengan perabot penuh atau separa mengikut pilihan, dan ia sedia dimasuki pada bila-bila masa.

Pembeli berpeluang mendapat­kan unit rumah dengan ansuran bulanan serendah RM700, tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi yang berminat untuk mendapat lebih info mengenai unit-unit Pusat Bandar Centro JB boleh hubungi talian 1700 81 13 11, atau lawati galeri jualan di No.23 & 25, Jalan Serampung, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Projek (Blok A & B) layak untuk Kempen HOC
Faedah:
» Pengecualian duti setem 100 peratus pada instrumen pindah milik (Instrument of Transfer)
» Pengecualian duti setem atas Instrumen Berkaitan Mendapatkan Pinjaman
» Menikmati pengurangan minimum sebanyak 10 peratus untuk harga pembelian hartanah.

Kriteria:
» Pembeli dan pembeli bersama mestilah warganegara Malaysia.
» Untuk layak menerima pengecualian dan diskaun, Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti ditandatangani sebelum 31 Disember 2021. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.