KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar global diunjurkan meningkat kepada 5.5 peratus pada tahun ini, namun menyederhana ke paras 4.2 peratus pada 2022, selepas turun kepada 3.4 peratus 2020. Menurut IHS Markit, perkembangan ekonomi global berkembang secara tidak sekata dengan keadaan pasang surutnya berbeza-beza mengambil kira gelombang wabak Covid-19. Katanya, kesan lembapan daripada wabak serantau terhadap aktiviti ekonomi kemudiannya disebarkan secara global melalui hubungan perdagangan. “Dengan dasar fiskal…









