Guardian tampil dunia kecantikan - Utusan Malaysia

Guardian tampil dunia kecantikan

KEMPEN Guardian menawarkan pelbagai tawaran menarik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guardian Malaysia sekali lagi menampilkan trend terkini daripada 60 jenama terkemuka dengan lebih 7,000 produk mewakili trend kecantikan global terkini.

Jenama tersebut dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Taiwan dan banyak lagi.

Kempen selama sebulan itu akan berlangsung sehingga 23 November ini dan memberi tumpuan kepada tema-tema berikut iaitu Timur Bertemu Barat, Serlahkan Kecantikan dan Kedamainan, Minda, Badan dan Jiwa; dan Segala Keperluan Kecergasan anda.

ANTARA produk yang ditawarkan sepanjang kempen Guardian.

Ketua Pemasaran Guardian Malaysia dan Brunei, Angelo Teo berkata, syarikat menghargai kepercayaan pelanggan dalam memastikan Guardian membawa jenama-jenama global terbaik kepada mereka pada nilai yang hebat.

“Maka kami mengkaji dan menyelidik trend kepenggunaan dan kecantikan yang sedang berkembang di seluruh dunia untuk membawa masuk jenama-jenama paling memberi impak.

“Sebagai contoh, kami mempunyai jenama dari Jerman yang mewakili teknologi penjagaan kulit terkini dalam mencegah penuaan kulit pra-matang, jenama dari Amerika Syarikat menyediakan penyelesaian penja­gaan rambut dirumah terbaik.

“Selain itu, penjagaan kulit dengan vitamin C yang terbaharu dari Perancis-satu trend yang popular sekarang, teknologi topeng muka terkini dari jenama topeng muka nombor satu Korea dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Teo, pada 10 November 2021 @ 8 malam, ­Guardian Live Market akan diadakan di mana banyak hadiah menarik bernilai lebih RM5,800 untuk dimenangi termasuk tiga hadiah utama berupa OGAWA Snazzy Touch Rechargeable Hand Held Massager bernilai RM440 setiap satu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN