HONG KONG: China Evergrande Group berkata, anak syarikatnya akan menjual keseluruhan pega ngan saham dalam HengTen Network Holdings bernilai HK$2.13 bilion (AS$273.47 juta/RM1.143 bilion). Evergrande, pemaju paling banyak berhutang di dunia, dalam beberapa minggu ini bergelut untuk memenuhi tarikh akhir pembayaran hutang dan liabiliti lebih AS$300 bilion (RM1.254 bilion) dengan AS$19 bilion (RM79.44 bilion) daripadanya adalah bon pasaran antarabangsa. Unit pemaju hartanah Kumpulan itu dilaporkan telah memeterai perjanjian dengan Allied…










