BANGALORE: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc., Elon Musk menjual kira-kira AS$5 bilion (RM20.82 bilion) sahamnya dalam syarikat pembuat kereta elektrik itu, beberapa hari selepas membuat tinjauan di Twitter tentang penjualan 10 peratus sahamnya. Dalam jualan saham pertamanya sejak 2016 itu, Musk menjual hampir 3.6 juta saham bernilai kira-kira AS$4 bilion (RM16.66 bilion). Dalam masa sama, beliau turut menjual 934,000 saham lagi bernilai AS$1.1 bilion (RM4.58 bilion) selepas mengambil pilihan untuk…









