CTOS IDGuard cegah penipuan permohonan kredit - Utusan Malaysia

CTOS IDGuard cegah penipuan permohonan kredit

DENNIS MARTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CTOS IDGuard, biro pencegah penipuan permohonan, berjaya mencegah permohonan kredit tipuan disahkan bernilai RM28 juta dalam tempoh 12 bulan pertama pengoperasiannya.

Selain itu CTOS IDGuard turut berjaya mencegah permohonan mencurigakan bernilai RM51 juta yang didedahkan kepada rakan-rakan banknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Dennis Martin berkata, syarikat sedang membuat kemajuan besar dalam usaha memerangi penipuan permohonan kredit, dan peningkatan bilangan institusi kewangan yang mengambil bahagian bakal melonjakkan lagi keberkesanan CTOS IDGuard.

“Kini, rakan-rakan bank kami merangkumi lebih 65 peratus jumlah aset perbankan di Malaysia.

“Apabila jumlah peratusan ini meningkat dalam bulan-bulan akan datang, CTOS IDGuard akan menjadi platfom yang paling berkesan untuk menangkis penipuan permohonan di pasaran.

“Dengan penurunan kejadian penipuan permohonan, kami akan dapat membantu pihak institusi kewangan menyalurkan manfaat penjimatan berupa kadar dan tawaran yang lebih baik secara terus kepada pelanggan bagi kredit yang mereka mohon,” katanya dalam kenyataan.

Data CTOS IDGuard bagi tempoh 12 bulan terakhir menunjukkan 52 peratus daripada amaran penipuan yang dikeluarkan adalah melibatkan permohonan kad kredit.

“Lebih ketara lagi, separuh daripada amaran ini adalah permohonan yang dibuat oleh penipu atau sindiket yang telah dikenali.

“Ini berjaya dicapai melalui analisis oleh CTOS IDGuard ke atas kumpulan data yang dikongsikan oleh peserta,” jelas syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN