Apa itu inflasi? - Utusan Malaysia

Apa itu inflasi?

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHUKAH anda, harga roti canai kosong sekarang rata-rata adalah antara RM1.20 dan RM1.80 sekeping? Makanan penghubung antara budaya dan bangsa ini pada zaman kanak-kanak kita hanya dijual pada harga di bawah RM0.50 sekeping!

Fenomena ini dikenali sebagai inflasi, iaitu kenaikan harga yang berlaku pada barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa. 

Secara umumnya, inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu. Kadar inflasi lazimnya diukur melalui pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi perubahan harga item-item di dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa. 

Pemilihan item dalam bakul barangan dan perkhidmatan adalah berasaskan kepada nilai penggunaan yang diperolehi melalui Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) yang dilaksanakan dua kali dalam tempoh lima tahun. 

Spesifikasi bagi setiap item barangan dan perkhidmatan akan dikelaskan kepada setiap kelas perbelanjaan dan kemudian disusun mengikut subkumpulan barangan dan perkhidmatan. Subkumpulan ini kemudian dikategorikan kepada kumpulan utama.

 

 

Terdapat tiga kumpulan barangan utama yang mempengaruhi inflasi, iaitu:

 

Setiap kumpulan utama pula dipecahkan kepada subkumpulan utama yang tertentu:

 

 

 

Bukan semua barang naik harga

 

Kembali kepada persoalan awal, adakah kenaikan kadar inflasi bermakna peningkatan semua harga barang? Dalam hal ini, kita perlu melihat kepada analogi wajaran dalam konteks perbelanjaan.

 

Ini bermaksud, lebih kurang 68 peratus perbelanjaan isi rumah akan digunakan bagi tujuan ketiga-tiga kumpulan di atas manakala selebihnya akan digunakan untuk lain-lain perbelanjaan. Oleh kerana barangan dan perkhidmatan dalam ketiga-tiga kumpulan ini mendominasi keseluruhan perbelanjaan isi rumah, maka ia amat relevan dan signifikan kepada pengguna. Dalam hal ini, sebarang kenaikan harga yang berlaku dalam mana-mana barangan dan perkhidmatan di bawah ketiga-tiga kumpulan ini akan memberikan kesan besar kepada perbelanjaan isi rumah pengguna. 

Oleh kerana nilai inflasi ini dibentuk daripada 781 item spesifikasi barangan dan perkhidmatan, maka apabila inflasi pada bulan tertentu mencatatkan peningkatan, tidak bermakna keseluruhan barangan serta perkhidmatan turut mengalami kenaikan harga. Hakikatnya, pengguna tidak membeli kesemua item-item dalam kumpulan tersebut, sebaliknya membeli mengikut keperluan individu. Jika kita menjurus kepada item-item spesifik dalam kumpulan berkenaan, kita dapati bukan semua item mencatatkan peningkatan harga. 

 

Tabiat pembelian pengguna mempengaruhi inflasi

Petunjuk kenaikan harga bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan menerusi kadar inflasi boleh menjadi satu rujukan kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga. Gelagat pembelian pengguna (Consumer Purchasing Behaviour) yang selama ini cenderung memilih item kegemaran walaupun harganya tinggi, harus diubah dan digalakkan supaya membuat perbandingan harga terlebih dahulu dan mencari produk atau jenama alternatif yang menawaran harga berpatutan. Pengguna harus mempunyai kesedaran bahawa mereka berhak untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang harganya adalah jauh lebih rendah tetapi mempunyai kualiti yang sama dengan item kegemaran mereka. 

Pengguna tidak sepatutnya taksub kepada jenama tertentu, jenis barangan tertentu dan premis kedai tertentu sahaja. Pilihan di tangan pengguna. Aplikasi seperti Price Catcher yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) amat berguna dalam membantu pengguna membuat perbandingan premis yang menawarkan pelbagai pilihan item dengan harga yang berbeza. 

Price Catcher secara tidak langsung dapat melihat situasi harga runcit di pasaran setiap hari di samping membantu pengguna membuat keputusan yang bijak dalam pembelian. Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat dipupuk supaya merancang pembelian dengan bijak dan membudayakan gelagat ini di kalangan pengguna.

Dalam isu ini, inflasi boleh dikawal dengan memperbaiki gelagat pembelian. Pengguna boleh menjadi seorang pengguna yang bijak dengan langkah-langkah berikut:

 

 

-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya