PETALING JAYA: Zurich Malaysia telah menyerahkan sumbangan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) untuk menyokong kempen vaksinasi Covid-19 dan membantu mengurangkan penderitaan melalui program sara hidup bagi golongan rentan. Sumbangan itu adalah lebihan dana takaful amnya bagi penggunaan inisiatif vaksinasi bergerak PBSMM merangkumi penyediaan kenderaan, ambulans, peralatan perubatan dan tenaga kerja. Menurut Zurich Malaysia, sumbangan itu merangkumi kos doktor, sukarelawan, bekalan perubatan dan kemudahan. “Inisiatif ini bertujuan untuk memberi…










