Institusi pengajian tinggi (IPT) mungkin tidak dapat memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan terutamanya dalam kategori pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran semasa pandemik. Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2022 yang diterbitkan Kementerian Kewangan, kategori pekerjaan tersebut termasuk profesional pengiklanan dan pemasaran; penasihat kewangan dan pelaburan; pengarah urusan dan ketua eksekutif serta pakar digital dalam pembangunan perisian, data sains, perkhidmatan teknologi maklumat (IT), keselamatan digital dan e-dagang. Walau bagaimanapun, laporan Kajian…










