PETALING JAYA: Petronas LNG Ltd., anak syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menandatangani perjanjian dengan China Shenergy Group Company Limited untuk penghantaran tiga kargo gas asli cecair (LNG) neutral karbon dari Kompleks LNG Petronas (PLC) di Bintulu, Sarawak. Perjanjian itu akan menyaksikan penghantaran pertama LNG neutral karbon Petronas ke China, iaitu terminal Shenergy di Shanghai antara Oktober 2021 dan Mac 2022 selepas penghantaran pertama ke Jepun bulan lalu. Naib Presiden…










