PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Tan Sri Md. Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuat kuasa hari ini. Menurut TH, sepanjang memegang jawatan tersebut, Md. Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, memperkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan ibadat haji. “Jumlah deposit pada 30 Jun 2021 ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak TH…