Penggunaan swasta pada tahun ini dijangka meningkat sebanyak 4.1 peratus disokong oleh langkah-langkah bantuan dan rangsangan ekonomi berterusan oleh kerajaan. Peningkatan itu terutama didorong oleh subsidi upah, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), moratorium bersasar, Bantuan Khas Covid-19 serta pengeluaran i-Sinar dan i-Citra. Laporan Tinjauan Ekonomi 2022 menyatakan, penggunaan swasta antara lain terus menjadi penentu pertumbuhan yang signifikan dan berkembang sebanyak 4.3 peratus pada separuh pertama 2021. Pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan…










