PETALING JAYA: Kumpulan Touch ‘n Go, menerusi Touch ‘n Go eWallet, telah memeterai kerjasama strategik dengan Visa, pemimpin dunia dalam pembayaran digital. Kerjasama ini bakal menyaksikan Touch ‘n Go eWallet menyertai Program Laluan Pantas Teknologi Kewangan Visa, yang memberikan Touch ‘n Go akses kepada rangkaian rakan niaga dan sekutu global Visa secara langsung. Program ini merupakan sebahagian daripada strategi global Visa untuk membuka rangkaiannya dan memberikan sokongan kepada pelbagai peserta yang…