PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pelancaran kemudahan pendaftaran akuan dalam talian dan onboarding pelanggan digital (e-KYC) serta fungsi pelaburan berasaskan matlamat dalam aplikasi mudah alih myASB. Seiring penambahbaikan aplikasi itu, ASNB turut melancarkan kempen #JomLabur yang akan berlangsung sehingga 31 Disember ini. Katanya, kempen itu menawarkan peluang kepada semua pemegang unit untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM200,000. Kempen itu disokong oleh Kumpulan UMW, Payments Network Malaysia Sdn.…










