TOKYO: Selepas mengalami kejatuhan kelmarin, harga minyak mentah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga tahun semalam, selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) memutuskan untuk mengekalkan dasar pengeluaran sedia ada. Keputusan itu mendorong minyak mentah Brent melonjak 40 sen atau 0.5 peratus kepada AS$81.66 (RM341.22) setong, selepas naik 2.5 peratus kelmarin. Minyak penanda rasa Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) pula naik 30 sen atau 0.4 peratus…










