TOKYO: Harga minyak jatuh semalam berikutan mesyuarat dasar bekalan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan pakatannya termasuk Russia (OPEC+) yang mungkin akan memutuskan sama ada kenaikan harga baru-baru ini dapat dikekalkan ketika dunia sedang pulih daripada pandemik Covid-19. Minyak mentah Brent turun 24 sen atau 0.3 peratus kepada AS$79.04 (RM329.75) setong. Ia meningkat 1.5 peratus pada minggu lalu dan merupakan kenaikan empat minggu berturut-turut. Manakala, penanda aras minyak Amerika Syarikat (AS),…










