PETALING JAYA: Widad Group Berhad memenangi tender bernilai RM244.3 juta untuk projek pembinaan Pakej 3C Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK). Menurut syarikat itu, anak syarikat milik penuhnya, Widad Builders Sdn. Bhd. (WBSB) telah menerima surat anugerah (LoA) daripada Jabatan Kerja Raya untuk projek tersebut. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Widad berkata kerja-kerja pembinaan untuk projek tersebut akan bermula pada 27 Disember dan akan berlangsung selama 36 bulan. Pengarah Urusannya,…