PETALING JAYA: Perniagaan di negara ini dinasihatkan supaya tidak menunggu peningkatan kadar gaji minimum untuk meningkatkan tawaran gaji yang wajar kepada pekerja mereka. Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, adalah penting untuk majikan memastikan pekerja-pekerja mereka bukan sahaja menerima kadar gaji yang wajar, malah kemudahan yang baik dan persekitaran yang selesa dan selamat. Kata beliau, dalam pengamalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), aspek sosial menuntut…