Riverstone Holdings, KWSP kurangkan pegangan - Utusan Malaysia

Riverstone Holdings, KWSP kurangkan pegangan

Kemudahan i-Sayang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengurangkan pegangannya dalam syarikat pembuat sarung tangan Singapura, Riverstone Holdings Ltd. kepada kurang tujuh peratus.

Pengurangan yang pertama kali dilakukan itu melibatkan penjualan saham bernilai S$287,207.69 (RM890,716.73) dalam pasaran terbuka pada Isnin lalu.

Menurut makluman Riverstone kepada Bursa Singapura, pegangan KWSP dalam Riverstone berkurang kepada 6.981 peratus merangkumi 103.47 juta saham selepas transaksi tersebut.

Berdasarkan makluman tersebut, KWSP dipercayai menjadi pemegang saham utama syarikat itu pada 17 September selepas meningkatkan kepentingan langsungnya kepada 5.13 peratus merangkumi 38.09 juta saham.

Ini selepas KWSP mendapatkan dua juta saham bernilai S$6.58 juta (RM20.41 juta) dalam pasaran terbuka ketika itu.

Sebelum pembelian tersebut, KWSP memiliki pegangan langsung sebanyak 4.861 peratus merangkumi 36.09 juta saham dalam Riverstone.

Selain daripada pembelian tersebut, KWSP turut meningkatkan pegangannya dalam Riverstorne melalui pembelian pada Oktober dan Disember tahun lalu.

Menurut theedgemarkets.com, penjualan 284,900 saham Riverstone oleh KWSP pada Isnin lalu dibuat pada nilai jualan S$1.01 (RM3.13) sesaham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN