PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.1 bilion (RM467.95 bilion) pada 30 Julai lalu. “Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek,” jelas bank pusat itu dalam satu kenyataan. Menurut BNM, komponen rizab terdiri daripada mata wang asing berjumlah AS$103.2 bilion (RM434.678 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.4 bilion (RM5.897 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR)…










