PETALING JAYA: MBSB Bank menyumbang 3,600 peranti digital bernilai RM5 juta bagi memastikan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dapat meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sumbangan yang terdiri daripada komputer riba, dongle dan kad SIM itu dilaksanakan menerusi CERDIK, inisiatif perintis dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan serta Yayasan Hasanah sebagai urusetia program. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihaknya berbesar hati…










