PETALING JAYA: Komark Mask (M) Sdn. Bhd. (Komark) dengan kerjasama Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) telah menyumbang sebanyak 10,000 kotak pelitup muka khas jenis 3 Ply kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi KomarkCorp Bhd., Tengku Ezuan Ismara kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim di Bukit Aman, kelmarin. Penyerahan sumbangan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan…