PETALING JAYA: Jualan kenderaan Honda bagi tempoh Mei hingga Julai lalu susut sebanyak 52 peratus tahun ke tahun berikutan penutupan operasi perniagaan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP) yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, dengan hanya perkhidmatan selepas jualan tertentu yang dibenarkan dan operasi penjualan serta pembuatan yang terhenti, tidak hairanlah jualan merosot. “Kami telah menjual sekitar 5,700 unit kenderaan…










