PETALING JAYA: Cagamas Berhad mengumumkan penerbitan agregat berjumlah RM755 juta yang turut merangkumi terbitan Nota Kadar Terapung (FRN) setahun pertamanya sejak 2019. Menurut perbadanan gadai janji nasional itu, terbitan agregat berkenaan melibatkan FRN setahun bernilai RM200 juta; Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) setahun (RM85 juta); Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) setahun (RM25 juta); Kertas Komersial Islamik (ICP) tiga bulan (RM345 juta) dan Kertas Komersial Konvensional (CCP) tiga bulan (RM100 juta).…










