PETALING JAYA: Indeks utama Bursa Malaysia, FBM KLCI menamatkan dagangan pagi hari ini dengan penyusutan mendadak seiring dengan pergolakan politik yang berlangsung sepanjang malam semalam dan pagi ini. Pada rehat tengah hari, FBM KLCI menyusut 12.83 mata kepada 1,487.43 mata, paras terendahnya setakat hari ini. Indeks itu dibuka pada 1,497.28 mata pada pagi dengan 1.96 bilion jumlah dagangan bernilai RM1.12 bilion. Kaunter rugi jauh mengatasi kaunter untung masing-masing pada 728…