PETALING JAYA: Syarikat pembekal alatan perubatan, Altica Sdn. Bhd. (Altica) menyumbangkan sebanyak 1,000 kit ujian Covid-19, Neutralising Antibody bernilai kira-kira RM40,000 kepada Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kit ujian itu bagi mengesan kehadiran antobodi petugas barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 di hospital berkenaan. Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Altica, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin kepada Pro Naib Canselor Kampus…










