PETALING JAYA: Vivo disenaraikan sebagai jenama telefon pintar 5G kedua paling cepat bertumbuh dalam suku pertama 2021, menurut penyelidikan yang dijalankan Strategy Analytics.
Menurut penyelidikan itu, Vivo mencatat pertumbuhan 62 peratus suku ke suku di bawah Samsung yang merekodkan pertumbuhan 79 peratus dan menewaskan jenama besar lain seperti OPPO (55 peratus), Xiaomi (41 peratus) dan Apple (-23 peratus).
Penyelidikan itu turut menyatakan, jenama Vivo paling kukuh di pasaran China dan Eropah.
Ketua Pegawai Eksekutif Vivo, Mike Xu berkata, sebagai peneraju dalam pembuatan telefon pintar dan keterhubungan 5G, Vivo telah mereka bentuk barisan produk yang pelbagai yang mempersiapkan generasi seterusnya dengan keterhubungan yang membawa kegembiraan kepada pengguna di seluruh dengan harga yang sederhana.
Kata beliau, ketika infrastruktur mudah alih masih secara relatif terasing daripada dunia fizikal kerana hanya wujud sebagai alat pembantu, terdapat keperluan untuk kelancaran yang ekstrem bagi menghubungkan persekitaran fizikal dengan sistem digital yang wujud.
“Membuka laluan untuk pembangunan 6G pada dekad akan datang, Vivo telah membina pasukan penyelidikan untuk meneroka kemungkinan-kemungkinan 6G melalui senario aplikasi.
“Sasaran kami adalah untuk membolehkan pelanggan dipersiapkan dengan telefon pintar yang bukan sahaja bersedia untuk masa hadapan malah boleh memenuhi keperluan gaya hidup digital mereka,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Vivo, melalui penggunaan lebih 3,000 paten ciptaan 5G dan penyerahan lebih 5,000 kertas cadangan kepada organisasi pembangunan piawaian telekomunikasi untuk Projek Kerjasama Generasi Ketiga (3GPP) sejak Februari lalu, Vivo terus mempamerkan visi masa hadapannya ke arah menyokong rakyat Malaysia dengan peranti tahap tinggi.
Katanya, seiring dengan komitmen ke arah menyediakan lebih banyak pilihan telefon pintar kepada pelanggan, Vivo telah melancarkan model V21 5G Edisi Eksklusif, telefon pintar pertama di dunia yang menampilkan ciri sensor kamera hadapan 44 MP bersama teknologi OIS.
Mereka juga melancarkan Vivo V21 Arctic White Edisi Khas pada hari ini.
“V21 Arctic White Edisi Khas dilengkapi dengan kamera malam OIS 64MP untuk merakan detik istimewa bila-bila masa, di mana sahaja dan datang dengan rangka licin 7.39mm serta dikuasakan dengan RAM lanjutan 8GB + 3GB,” katanya. – UTUSAN










