Sime Darby Berhad peroleh Salmon Earthmoving Holdings - Utusan Malaysia

Sime Darby Berhad peroleh Salmon Earthmoving Holdings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Berhad mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Sime Darby Industrial Australia Pty Ltd (SDIA) akan memperoleh Salmon Earthmoving Holdings Pty Ltd (Salmon Australia), penyedia perkhidmatan sewa dan penyelenggaraan terkemuka di Australia yang membekalkan perkhidmatan dalam sektor pembinaan awam, pertanian dan perlombongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, transaksi tersebut memberikan Sime Darby peluang luar biasa untuk memiliki syarikat mapan yang berpengalaman lebih dari 70 tahun.

“Kami percaya Salmon Australia akan melengkapkan dan memperkukuhkan kehadiran bahagian industri kami di pasaran Australia,” katanya dalam kenyataan.

Salmon Australia beribu pejabat di Staplyton, berhampiran Brisbane di Queensland, Australia menawarkan lebih 280 loji besar dan peralatan, selain disokong lebih 120 pekerja.

Syarikat tersebut turut mempunyai cawangan bengkel di seluruh Queensland, bersama dengan kemudahan penyelenggaraan dan kenderaan sokongan perkhidmatan lokasi.

Pengarah Urusan Industri Sime Darby, Dean Mehmet memaklumkan, Salmon Australia memberikan kepelbagaian kepada peralatan sewa industri Sime Darby bagi sektor pembinaan awam dan perlombongan

“Kami gembira dapat mengekalkan pasukan pengurusan Salmon Australia yang kuat dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk membina kepimpinan dalam perlombongan dan pasaran sewa peralatan pembinaan,” ujarnya.

Salmon Australia menyewa dan menyokong pelbagai jenis Caterpillar dan alat jentera berat lain yang digunakan dalam sektor perlombongan dan pembinaan.

Transaksi ini dijangka selesai pada Ogos ini, bergantung kepada persetujuan Lembaga Kajian Pelaburan Asing Australia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN