Pos Malaysia sedia penuhi keperluan e-dagang - Utusan Malaysia

Pos Malaysia sedia penuhi keperluan e-dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pos Malaysia bersedia memenuhi keperluan e-dagang yang kian meningkat di Malaysia melalui E-commerce Fulfilment Solution (EFS) (penyelesaian pemenuhan e-dagang) yang dipertingkatkan.

Menurut Pos Malaysia, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, syarikat telah menggandakan saiz gudang utamanya di Shah Alam yang kini meliputi kawasan seluas
24,200 kaki persegi.

“Kemudahan yang diperbesarkan ini memberikan peluang kepada pelanggan Pos Malaysia EFS untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi permintaan para pembeli dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Pos Malaysia lagi, ia selari dengan perkembangan pesat yang mengubah landskap e-dagang, serta memenuhi permintaan tinggi dan jangkaan daripada pelanggan.

Katanya, pelanggan Pos Malaysia EFS mendapat manfaat daripada perkhidmatan hujung ke hujung (end-to-end) yang ditawarkan oleh syarikat.

“Perkhidmatan ini mempermudahkan keseluruhan proses e-dagang untuk pelanggan. Logistik perbatuan pertama (first mile) melibatkan pengambilan produk daripada para peniaga atau dihantar terus oleh pelanggan ke gudang.

“Pada proses perbatuan pertengahan (mid-mile), produk disimpan mengikut spesifikasi penyimpanan yang diperlukan dan diproses untuk penghantaran setelah menerima pesanan. Akhirnya, proses perbatuan terakhir (last mile) dilaksanakan oleh Pos Malaysia dengan menghantar barangan yang dipesan oleh pembeli,” katanya.

Tambahnya, Pos Malaysia EFS menawarkan integrasi yang lancar antara operasi dan sistem yang baru dipertingkatkan, memberikan perniagaan dan penjual e-dagang akses ke antara muka (interface) yang mudah digunakan, bagi pengurusan produk dan pesanan yang efisien.

“Pelanggan juga dapat memeriksa status inventori, maklumat produk dan jumlah stok secara masa nyata, yang dapat menjimatkan masa dan kos,” katanya.

Pos Malaysia EFS menawarkan perkhidmatan pemenuhan biasa seperti penyimpanan, pengambilan, pembungkusan, penghantaran dan penjejakan pesanan, serta pengurusan inventori dan logistik hujung ke hujung yang cekap seperti perkhidmatan pengambilan,penghantaran dan pengembalian mengikut keperluan khas.

Pelanggan Pos Malaysia EFS juga menikmati jalinan rapi dengan platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, Shopify, WooCommerce dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×