PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus. Ini kerana pemulihan ekonomi global bertambah kukuh, disokong oleh peningkatan dalam aktiviti perkilangan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, BNM dalam kenyataan menjelaskan, kadar pemulihan adalah berbeza-beza antara negara. Menurut kenyataan, negara-negara yang mencapai kemajuan yang lebih baik dalam pelaksanaan program pemberian vaksin telah dapat melonggarkan langkah-langkah pembendungan…










